Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Berang 'bunyi bising', warga emas tutup suis utama mesin bantuan oksigen

Berang 'bunyi bising', warga emas tutup suis utama mesin bantuan oksigen

 "Dia telah ditegur staf hospital pada kali pertama melakukan perbuatan itu dan masih berdegil walaupun sudah dimaklumkan pesakit berkenaan bergantung penuh dengan mesin sokongan oksigen tersebut," jelasnya Gara-gara berasa terganggu dengan 'bunyi bising' mesin oksigen, seorang pesakit warga emas di Jerman bertindak menutup suis utama ventilator dan tindakan itu hampir meragut nyawa mangsa katil bersebelahannya. Pihak berkuasa di Mannheim, barat daya Berlin memberitahu, suspek berusia 72 tahun itu telah ditahan atas cubaan membunuh selepas kejadian yang berlaku pada minggu lalu. "Dia melakukan perbuatan itu sebanyak dua kali. Suspek kini ditempatkan di pusat tahanan untuk siasatan lanjut," ujar jurucakapnya. Siasatan awal mendapati wanita itu dengan selamba mematikan suis utama ventilator pesakit berumur 79 tahun di katil sebelah. "Dia telah ditegur staf hospital pada kali pertama melakukan perbuatan itu dan masih berdegil walaupun sudah dimaklumkan pesakit berkenaan bergantung penuh dengan mesin sokongan oksigen tersebut," jelasnya laporan awal itu. Akibat perbuatannya, pesakit berkenaan terpaksa menjalani prosedur resusitasi . 

Posting Komentar untuk "Berang 'bunyi bising', warga emas tutup suis utama mesin bantuan oksigen"