Mahu uji kesabaran, lelaki ‘prank’ benam kek pada wajah ibu yang jaga anak OKU
Mahu uji kesabaran, lelaki ‘prank’ benam kek pada wajah ibu yang jaga anak OKU

Tular video seorang lelaki dipercayai pencipta kandungan bertindak melakukan ‘prank’ atau gurauan disifatkan melampau terhadap seorang wanita yang mempunyai anak orang kurang upaya (OKU).
Seorang pengguna laman Facebook, Atie Fadylla berkongsi video itu yang didakwa lelaki tersebut kononnya mahu menguji kesabaran golongan ibu dalam menjaga anak-anak berstatus istimewa.
Menerusi rakaman itu, lelaki berkenaan membawa sebiji kek sambil menghampiri mangsa yang ketika itu bersama anak lelakinya yang berkerusi roda di sebuah taman rekreasi di Semenyih, Selangor.
Lelaki tersebut kemudian dilihat terus membenam kek pada wajah mangsa sekali gus membuatkan wanita itu menjerit akibat terkejut sebelum mengundang perhatian pengunjung di situ.
Tidak mengambil masa lama, lelaki terbabit tampil menjelaskan tujuannya yang sekadar mahu melihat sejauh mana kesabaran ibu kepada golongan OKU termasuk memohon maaf atas tindakan dilakukan.
Posting Komentar untuk "Mahu uji kesabaran, lelaki ‘prank’ benam kek pada wajah ibu yang jaga anak OKU"