Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Rakyat Tunggu Formula Myvi RM25,000. Ini Kata2 Rafizi Ramli Selepas Seminggu Dilantik Menteri Ekonomi

Rakyat Tunggu Formula Myvi RM25,000. Ini Kata2 Rafizi Ramli Selepas Seminggu Dilantik Menteri Ekonomi

Siapa tak kenal dengan Rafizi Ramli yang sering digelar sebagai pakar formula dan cukup aktif bersuara soal ekonomi negara.

Sekarang, Rafizi Ramli bukan hanya boleh bersuara tapi boleh bertindak selepas dilantik sebagai Menteri Ekonomi dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi ciapan dimuat naik, Rafizi memaklumkan sudah tiba masanya bagi semua pihak kembali menjalankan rutin asal iaitu melaksanakan tugas dan amanah diberi dengan baik untuk rakyat.

“PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15) dah selesai, kerajaan dah ada.
“Masa untuk kembali ke rutin harian – cari rezeki halal, buat terbaik dalam semua benda, berbakti dan cari redha ALlah,”ciapnya.

Katanya lagi, semua pihak baik kerajaan atau pembangkang haruslah berganding bahu dan melakukan terbaik untuk rakyat.

“Yang kerajaan, yang pembangkang, buat terbaik untuk rakyat,”ujarnya.

Dikesempatan itu, beliau juga sempat berseloroh dengan mengatakan individu yang merasakan sudah ‘gemuk’ haruslah bersenam.

Selain itu, Rafizi yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sempat menjawab beberapa komen dan pertanyaan pengikut di laman Twitter mengenai perkembangan semasa.

Antaranya adalah akan mengadakan sidang media pertamanya sebagai menteri sebaik sahaja selesai sesi taklimat dan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekadar info, Rafizi sememangnya gemar berkongsi perkembangan di laman Twitter miliknya serta membalas setiap komen yang ditinggalkan oleh pengikut.

Formula turunkan harga kereta yang pernah dinyatakan Rafizi sebelum ini.

Rakyat tunggu formula Myvi RM25,000 Rafizi
PETALING JAYA- Formula turunkan harga kereta yang dikupas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebelum ini menjadi isu yang paling ditunggu rakyat Malaysia.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR itu pernah menyatakan harga Perodua Myvi hanya mencecah sekitar RM25,000 sehaja sekiranya tidak dimasukkan cukai.

Beliau juga sebelum ini mendakwa sekiranya pihaknya mentadbir negara, harga kenderaan yang dijual di Malaysia bakal diturunkan.

Orang ramai ternyata ternanti-nanti formula tersebut setelah Pakatan Harapan kembali memerintah setelah berjaya membentuk Kerajaan Perpaduan bersama parti komponen lain.

Ia juga ditambah apabila Rafizi turut dilantik sebagai Menteri Ekonomi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan barisan Kabinetnya semalam.

“Sekarang tibalah masanya untuk dia mempraktikkan segala formula yang dikeluarkan dahulu.

“Semoga dipermudahkan segala urusan, sesiapa yang nak beli kereta “hold” dulu… tunggu menteri umumkan perlaksanaan formula tersebut,” jelas Azizi Hamid.

“Ada hikmah atas pelantikan beliau,” kata Mohd Saiful Izwan.

Posting Komentar untuk "Rakyat Tunggu Formula Myvi RM25,000. Ini Kata2 Rafizi Ramli Selepas Seminggu Dilantik Menteri Ekonomi"