Bayi 14 bulan maut jatuh katil rumah pengasuh
Bayi 14 bulan maut jatuh katil rumah pengasuh
DUNGUN - Bayi lelaki berusia 14 bulan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari katil rumah pengasuhnya di Paka di sini dalam kejadian pada Sabtu.
Mangsa, Khaleel Islam Mohamad Ehafizuddin, 14 bulan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ) Kuala Terengganu kira-kira jam 10 malam Ahad.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati dalam kejadian itu, mangsa dikatakan terjatuh dari katil ketika bermain di bilik tidur pengasuhnya yang berusia 24 tahun.
"Suspek mendakwa kejadian berlaku begitu pantas sehingga dia tidak sempat untuk memegang mangsa.
"Suspek terus menghubungi ibu mangsa memaklumkan kejadian menimpa bayinya sebelum wanita tersebut memaklumkan kepada suaminya kira-kira jam 10.20 pagi meminta ke rumah suspek dengan segera," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
"Kes di siasat di bawah Seksyen304 Kanun Keseksaan kerana dengan cuai menyebabkan kematian dan sehingga hari ini (Isnin) tiada sebarang tangkapan dibuat," katanya.
Posting Komentar untuk "Bayi 14 bulan maut jatuh katil rumah pengasuh"