minum arak mahal milik tuan rumah perompak mabuk tertidur diruang tamu
minum-arak-mahal-milik-tuan-rumah-perompak-mabuk-tertidur-di-ruang-tamu
Kong Men bercakap kepada media bahawa dia menyedari kehadiran lelaki tersebut semasa bangun seawal jam 6 pagi. Lelaki itu terbaring di lantai rumah dan di sebelahnya terdapat beg kertas mengandungi dua bilah pisau, pemutar skru, dua botol minuman keras dan tablet Samsung.
ada orang pecah masuk rumah, nampak arak mahal
minum pastu mabuk terus sampai owner rumah jumpa dia tidor kat lantai LOL pic.twitter.com/IjmzUVQqTn— Benny Teh (@Benny_TehVerto) January 24, 2023
Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook mengesahkah kejadi tersebut dan telah menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada Isnin. Siasatan lanjut mendapati lelaki itu telah memanjat pagar tepi rumah dan masuk melalui pintu yang tidak berkunci.
“Ketika memasuki rumah, suspek dipercayai menemui kabinet arak dan minum sehingga mabuk dan tertidur,” kata Hoo. “Tiada rakaman CCTV di tempat kejadian.”
Superintendan menyatakan bahawa suspek berusia 41 tahun telah didakwa atas kesalahan menceroboh, yang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Posting Komentar untuk "minum arak mahal milik tuan rumah perompak mabuk tertidur diruang tamu"