“Patutlah Syamsul cari perempuan lain..”- Gambar Bersama MK, Netizen Tegur Puteri Sarah Jgn ‘Sondol’ Kekasih Orang
“Patutlah Syamsul cari perempuan lain..”- Gambar Bersama MK, Netizen Tegur Puteri Sarah Jgn ‘Sondol’ Kekasih Orang
Nama pelakon Puteri Sarah Liyana kembali menjadi bualan hangat warganet apabila dia berkongsi momen sewaktu pergi ke konsert sulung pertama penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan di Malaysia, semalam.
Puteri Sarah bergambar dengan MK
Pun begitu, perkongsian beberapa foto pelakon drama Andai Itu Takdirnya bersama penyanyi MK K-Clique atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan mencuri perhatian ramai.
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram, aktres berusia 38 tahun itu kelihatan sangat jelita berbusana serba hitam bergambar bersama MK yang turut tersenyum sehingga menampakkan gigi putihnya.
“Bersama satu-satunya MK,”tulis Puteri Sarah di ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Tak padan dengan isteri orang, patutlah Sol cari perempuan lain…
Entri berkenaan menerima pelbagai reaksi di kalangan netizen di mana ramai memuji keserasian Puteri Sarah bergambar bersama rakan artis sewaktu hadir ke konsert Cakra Khan.
Tidak kurang juga ada yang ‘bitter’ dengan mengaitkan foto berkenaan dengan status rumah tangganya dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang baru sahaja berkahwin seorang lagi dengan anak pelakon veteran Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.
Mereka mengatakan kemesraan dan kebahagiaan yang ditunjukkan oleh aktres tersebut patut dibalas dengan kecurangan Syamsul dan mencari wanita lain.
Jangan buat hal, MK dah ada kekasih
Tidak kurang juga ada yang menasihati Puteri Sarah supaya tidak mencari masalah sehingga boleh merosakkan hubungan MK bersama teman wanitanya.
Nampaknya Puteri Sarah pun penyondol bf orang..
Bukan itu sahaja, pemilik akaun palsu dikenali ‘tapak sulaiman’ menambah minyak dalam api membara dengan mengatakan Puteri Sarah juga seorang penyondol dalam perhubungan seseorang.
“Nampaknya Puteri Sarah pun penyondol teman lelaki orang…Ops,”komennya berserta emoji monyet tutup mulut.
Kalau nak sondol tak perlu tunjuk depan orang ramai
Tidak berdiam diri, Puteri Sarah tampil bersuara dan membidas semula kenyataan berbaur fitnah berkenaan dengan memaklumkan ibunya, pembantu peribadi dan pengurusnya turut ada bersama sewaktu bergambar bersama MK.
“Kalau nak menyondol, dia tak tunjuk depan orang ramai kat konsert. Untuk pengetahuan, ibu saya ada di sebelah, pembantu peribadi saya, pengurus semua juga berada di sebelah. Sila cuba lagi,”jawab Puteri Sarah.
Rasanya bukan Puteri Sarah sahaja yang bergambar dengan lelaki lain sewaktu hadir ke mana-mana konsert dan kongsi di media sosial. Ramai lagi artis wanita di luar sana masih berstatus isteri kongsi gambar bersama, malah ada yang tunjuk kemesraan daripada itu, namun tidak pula ditegur oleh netizen.
Untuk rekod, Puteri Sarah Liyana telah menfailkan penceraian terhadap Syamsul Yusof selepas mengalami masalah rumah tangga sejak empat tahun lalu kerana diganggu orang ketiga.
Kemuncak kepada masalah tersebut adalah ketika Syamsul Yusof memaklumkan kepada semua bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwalikan bapa wanita berkenaan, Kazar Saisi
Posting Komentar untuk "“Patutlah Syamsul cari perempuan lain..”- Gambar Bersama MK, Netizen Tegur Puteri Sarah Jgn ‘Sondol’ Kekasih Orang"