Lelaki yang bodoh ialah lelaki yang sanggup menjandakan isterinya demi janda lain
Yusof ketika dihubungi berkata, apa yang berlaku terserah kepada Syamsul untuk mencari jalan yang diredai Allah SWT.
“Dalam hidup ini ada banyak persimpangan. Sebagai ibu bapa, kami sentiasa mendoakan yang terbaik. Tetapi lelaki yang bodoh ialah lelaki yang menjandakan isterinya demi janda lain,” katanya.
Yusof berkata, dia enggan masuk campur mengenai masalah rumah tangga Syamsul yang kini didakwa sudah berkahwin dengan pelakon, Ira Kazar yang juga anak pelakon veteran, Kazar Saisi.
Dalam pada itu, Yusof juga enggan mengulas mengenai tindakan Syamsul yang mahu memfailkan saman sebanyak RM10 juta terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang didakwanya mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap keluarganya dengan mengatakan dia sudah berkahwin lagi
Posting Komentar untuk "Lelaki yang bodoh ialah lelaki yang sanggup menjandakan isterinya demi janda lain "